Sepak bayi, si ibu hanya diberi amaran



BEIJING: Seorang wanita hanya diberikan amaran lisan oleh pihak polis walaupun bertindak kejam menyepak bayi perempuannya berulang kali di tempat awam.

Kejadian itu yang dirakamkan di wilayah Guangdong, tenggara China pada 24 Februari lalu menunjukkan wanita yang hanya dinamakan sebagai Chen, mencampak anak perempuannya di tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Tidak setakat itu, wanita yang berusia 27 tahun itu turut menyepak bayi berkenaan berulang kali tanpa belas ihsan.

Insiden rakaman itu disiarkan oleh pihak polis yang hanya memberi amaran lisan kepada wanita tersebut agar tidak lagi berbuat demikian.

Bayi perempuan itu juga difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahu wanita terbabit dikenakan hukuman yang lebih berat.

Wanita tersebut dikatakan telah memohon maaf atas kejadian itu dan bayinya kini dijaga oleh ibu dan bapanya.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.